3 Cara Mengatasi Masalah Shopping Online

Rasanya sebahagian besar daripada kita sudah terbiasa shopping online.

Lebih-lebih lagi pada tahun 2020 ni, shopping online sudah menjadi trend.

Tahun 2013, trend online shopping semakin melonjak naik.

 

Dengan kehadiran Lazada, Lelong, Shopee dan lain-lain, shopping online sudah menjadi makin popular.

Dengan kehadiran pelbagai jenis produk dan pilihan, tentunya shopping online menjadi pilihan.

Tapi seperti biasa, akan timbul juga masalah bila shopping online ni.

 

3 Cara Mengatasi Masalah Shopping Online

Okay kali ni kita akan cuba bincang beberapa masalah shopping online yang sering dihadapi pengguna.

 

1. Barang Lambat Sampai

Antara isu yang biasa dihadapi bila beli barang secara online.

Barang lambat sampai ni banyak sebabnya.

Samaada dari pihak seller  ataupun dari pihak kurier itu sendiri.

 

Bagi mengatasi masalah ni, lebih baik anda chat dengan seller  dulu.

Tanyakan adakah barang yang anda nak beli tu ready stock?

Ini untuk mengelakkan anda menunggu lama bagi barang yang anda pesan.

 

Selain itu juga, anda boleh tanyakan syarikat kurier yang mereka gunakan.

Sebab ada sesetengah kawasan, perkhidmatan kurier yang seller guna agak lambat.

Kalau boleh deal dengan seller untuk menggunakan perkhidmatan kurier yang anda suka.

 

Dengan cara ini, masalah barang lambat sampai boleh dielakkan.

Senang cerita, anda dan seller, dua-dua akan berpuas hati.

Habis cerita!

 

2. Masalah Kualiti Barang

Pernah tak anda tengok barang masa diiklankan nampak cantik dan kemas?

Tapi bila sampai dengan anda, berbeza betul dengan apa yang diiklankan.

Mesti pernah kan?

 

Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda perlu semak dulu review dari pembeli sebelum ini.

Tengok apa review mereka terhadap barang yang anda nak beli tu.

Ramai ke tak yang berpuas hati itu perlu jadi benchmark untuk anda beli barang tersebut.

 

Sebenarnya masalah kualiti barang ni kerap kali berlaku.

Salah satu sebabnya barang yang dijual kebanyakkan Made in China.

Barangan dari sana banyak jenis gred seperti gred A, AA dan AAA.

 

Mungkin barang yang diiklankan kepada anda tu, gambar barang gred AAA.

Tapi barang yang dijual cuma gred A, gred paling bawah.

Jadi apa-apa pun, pastikan anda baca review buyer lain dulu ye!

 

3. Dah Bayar Barang Tak Sampai

Kes macam ni kerap sangat terjadi.

Anda dah buat payment dekat seller, tapi barang yang dipesan tak kunjung tiba.

Mesti anda cemas dan panik bila jadi macam ni kan.

 

Jadi untuk mengelakkan hal ni berlaku, pastikan anda beli dari seller yang dah banyak rating jualan.

Biasanya setiap ecommerce akan sediakan rating seller untuk menunjukkan bahawa seller ini adalah trusted.

Lagi banyak rating lagi bagus untuk anda beli barang dengan mereka.

 

Elakkan juga beli barang yang terlalu murah dari harga sebenar.

Biasanya bila harga terlalu murah ni, taktik scammer untuk pancing mangsa.

Biasalah, kita akan mudah tertarik dengan harga yang sangat murah.

 

Tak pun barang anda mungkin sampai, tapi anda dapat bukan barang yang anda order.

Banyak dah kes yang berlaku, order barang lain (barang mahal) tapi dapat barang lain.

Beli PS4, dapat lesung batu.

 

Lagi satu, elakkan membeli dari seller baru.

Salah satu sebabnya, kita tak tahu macam mana barang yang dijual.

Dan mungkin boleh jadi seller baru tu adalah scammer.

Di Setia Grocer Online, Kami sentiasa memastikan kualiti barang adalah menjadi keutamaakan kami dan tiada istilah barang lambat sampai kerana, kami sentiasa mengamalkan sikap oder hari ini esoj sampai!!

 

Kesimpulan

Sebagai penutup, anda perlu lebih berhati-hati bila shopping online untuk mengelakkan sebarang masalah yang tak diingini berlaku kepada anda.

Nasihat kami, jangan mudah tertipu dengan harga yang terlalu murah dan tawaran yang tak masuk akal.

Berfikirlah dua kali atau tanya pendapat orang lain sebelum membeli.

 

Untuk membeli belah di Setia Grocer Online (SGO) anda boleh layari website kami di www.setiagroceronline.com

Sebarang soalan dan pertanyaan sila hubungi 03-33585649 / 019-3259475

Facebook : Setia Grocer Online

Instagram : @setiagroceronline

Teruslah menyokong kami dan kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda!

Teruskan menyokong kami usahawan Bumiputra Muslim dan kempen Buy Muslim First (BMF).