5 Bahan Hilangkan Bau Hanyir Bahan Mentah

Anda mesti akan mengalami masalah ni kan?

Bau hanyir bahan mentah di dalam peti sejuk.

Dah macam-macam petua yang anda cuba, tapi masalah ni tak selesai-selesai.

 

Bahan mentah nak tak nak tetap kena beli untuk masak.

Kalau tak beli bahan mentah, sakit jugak tu nak makan luar je setiap hari.

Dah jadi dilema bila nak cuba hilangkan bau hanyir ni.

 

Sebut je apa jenis petua atau tips, semua dah cuba.

Tapi hasilnya, masih sama, bau je lagi.

Kadang-kadang rasa macam fed up kan?

 

5 Bahan Hilangkan Bau Hanyir Bahan Mentah

Okay kali ni, anda jangan sedih-sedih dan jangan risau-risau.

Nak bagi hilang bau hanyir dalam peti sejuk anda tu kami dah ada solusinya.

Mesti semua tak sabar nak tahu kan?

 

1. Gunakan Daun Sitrus

Okay anda pernah dengar tak nama sitrus ni?

Emm, tak pernah ke?

Okay daun sitrus ni merujuk kepada buah seperti limau, oren dan lemon.

 

Seperti anda sedia maklum, buah-buahan jenis ini kuat baunya dan juga wangi (bagi orang yang sukakan baunya).

Jadi, baunya dapat menghilangkan bau busuk dan hanyir pada bahan mentah anda secara semula jadi.

Malah ada juga pendapat mengatakan ianya mampu mengelakkan daging cepat menjadi busuk.

 

Cara nak gunakan tips ni mudah je.

Sebelum anda masak, perah sitrus ke atas daging dan gaulkan sepenuhnya.

Kemudian bilas dengan air dan selesai!

Bau hanyir daging anda akan berkurangan dari awal tadi.

 

2. Daun Betik

Bagi anda yang tinggal di kawasan kampung, anda sangat berunung.

Pokok betik mudah je nak dapat di belakang kawasan rumah.

Nak daun, boleh petik anytime.

 

Tapi buat anda yang tinggal di kawasan bandar, mungkin agak sukar nak dapatkan.

Kalau ada pun kena beli.

Mungkin tips kali ni kurang popular sikit bagi orang bandar hehe.

 

Daun betik selain boleh dibuat ulam, ianya juga boleh membuatkan daging menjadi lebih lembut.

Dan yang lagi best, bau hanyir daging pun boleh dikurangkan dengan daun betik.

Anda boleh amalkan tips ni dengan mengambil beberapa helai daun betik.

 

Caranya? Mudah je. Ambil beberapa helai daun betik di belakang rumah anda.

Ramas dan dapatkan air daun betik tersebut.

Kemudian cuci daging dengan menggunakan air betik tersebut.

 

Dah habis cuci, bilas dengan air.

InsyaAllah bau hanyir tu akan berkurangan!

Selamat mencuba.

 

4. Halia

Okay kali ni kita akan cuba halia pula.

Halia ni bahan masakan yang popular dari sumber semulajadi.

Dengan menggunakan halia je, anda boleh hilangkan bau hanyir pada daging dan juga ikan.

 

Malah dengan menyapu halia pada ikan juga dapat menghilangkan toksin ikan.

Kalau gunakan halia dengan daging, daging lebih cepat masak dan lebih empuk.

Caranya cincang halus-halus halia dan sapukan pada daging atau ikan.

InsyaAllah bau hanyir hilang dan masakan lebih sedap!

 

5. Parutan Nanas

Tips kali ini berguna untuk ikan, daging dan juga ayam.

Anda hanya perlu sediakan nanas untuk memastikan bau hanyir ini hilang pada ketiga-tiga bahan tersebut.

Nanas seperti kita tahu, sifatnya yang “tajam” boleh menghilangkan bau yang kurang enak tersebut.

 

Cara nak gunakan tips ni anda cuma perlu parutkan nanas tu halus-halus.

Kemudian gaulkan bersama ayam, daging dan ikan yang anda nak masak tersebut.

Berapa lama anda kena tunggu? Cukup 1 jam, anda dah boleh bilas balik dengan air.

Selesai!

 

Penutup

Kami berharap dengan perkongsian yang diberikan ini dapat membantu anda menghilangkan bau hanyir pada bahan mentah anda.

Tips yang kami kongsikan ini juga mudah untuk diamalkan dan mudah didapati di mana-mana.

Jadi selamat mencuba!

Untuk membeli belah di Setia Grocer Online (SGO) anda boleh layari website kami di www.setiagroceronline.com

Sebarang soalan dan pertanyaan sila hubungi 03-33585649 / 019-3259475

Facebook : Setia Grocer Online

Instagram : @setiagroceronline

Teruslah menyokong kami dan kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda!

Teruskan menyokong kami usahawan Bumiputra Muslim dan kempen Buy Muslim First (BMF).