Bila anda ada bayi kecil, anda akan risaukan keadaannya bila tak sihat kan.
Lagi-lagi kalau ruam mula naik di bahagian-bahagian tertentu.
Risau dibuatnya bila tengok merah-merah je kat bahagian kena ruam.
Ada kes yang lagi teruk, sampai berdarah-darah kat situ.
Puas dah ikhtiar dengan macam-macam cara.
Akhirnya pergi jumpa doktor dan alhamdulillah selesai.
Jadi untuk ibu ibu di luar sana, mari kami kongsi kepada anda mengenai jenis ruam bayi dan cara mengatasinya.
5 Jenis Ruam Kulit Bayi dan Cara Mengatasinya
Berikut adalah jenis-jenis ruam kulit bayi yang biasa timbul pada kulit mereka.
1. Hives
Ini adalah jenis ruam yang paling kerap dihadapi oleh bayi.
Jenis ruam ini tidak merbahaya dan cuma perlu dipantau supaya tidak melarat ruamnya.
Ruam ini akan terjadi dalam bentuk bulatan yang melingkar dan berwarna pucat pada bahagian tengahnya.
Biasanya ruam ini terjadi kerana beberapa sebab.
Antara sebabnya ialah alahan terhadap ubat, makanan, jangkitan kuman ataupun gigitan serangga.
Anda boleh mencuba untuk mendapatkan krim yang tidak mengandungi steroid dari farmasi.
Antara krim yang anda boleh pilih:
- Sebamed
- Joielle Baby
- Mustela
2. Impetigo
Ruam jenis ini biasanya terjadi akibat luka atau kesan terluka pada kulit.
Bila ada kawasan terdedah pada luka, bakteria seperti streptokokus akan menyerang dan menyebabkan ruam jenis ini terhasil.
Perlahan-lahan luka tadi akan menjadi merah, berair dan seterusnya bernanah.
Hati-hati sebab ruam jenis ini boleh merebak bila anak kerap menggaru bahagian luka dan menyentuh anggota badan yang lain.
Bila ianya mula merebak ke anggota badan yang lain, ianya akan berkudis dan perlahan-lahan mengering.
Ruam jenis ini perlu dirawat dengan antibiotik.
Caranya rendamkan kawasan terkena ruam dengan air panas.
Ini memudahkan antibiotik mudah menyerap di kawasan yang terkena jangkitan.
3. Cradle cap (seborrhea)
Bagi bayi yang berusia 1 hingga 2 bulan, ruam jenis ini sering menyerang mereka.
Ruam jenis ini berlaku pada bahagian kulit kepala bayi anda dan boleh merebak hingga ke bahagian muka, telinga dan leher.
Cara untuk mengatasi masalah ruam ini dengan menggunakan minyak kelapa organik.
Minyak kelapa organik sangat bagus untuk bayi dan juga mempunyai fungsi sebagai anti bakteria.
Haa ada lagi satu minyak yang sesuai iaitu, minyak zaitun. Pastikan juga minyak zaitun tersebut adalah minyak organik.
Jika sudah bercampur, khasiatnya sudah tidak sama seperti minyak zaitun organik.
4. Ekzema
Ekzema ini sering berlaku pada bahagian kulit di seluruh badan.
Biasanya berwarna merah dan sangat sensitif terhadap peluh dan cahaya matahari.
Ekzema ini disebabkan oleh keadaan kulit yang kering, alah kepada kepada peluh dan sensitif.
Punca ekzema berlaku masih tidak diketahui secara saintifik cuma ada pendapat mengatakan diatas faktor genetik dan alahan.
Biasanya bayi yang terkan ekzema ini akan merasa sangat gatal dan ruam akan kelihatan sangat merah ketika meradang.
Tiada rawatan khusus untuk setiap pesakit ekzema.
Cuma para doktor menasihati supaya:
- Elakkan pencetus ekzema seperti makanan dan tempat
- Elakkan penggunaan sabun orang dewasa yang kurang mesra bayi
- Elakkan cuaca yang terlalu panas dan terlalu sejuk
5. Prickly heat
Ruam ini biasanya menjadi agak merisaukan bagi para ibu.
Prickly heat ni akan tumbuh seperti biji-biji kemerahan dan menyerang anggota badan seperti leher, ketiak dan celahan paha.
Jadi untuk mengurakan risiko dijangkiti ruam jenis ini, pastikan bahagian tadi sentiasa kering dan elakkan memakai pakaian ketat.
Prickly heat ini muncul disebabkan keadaan yang panas dan lembap.
Jadi untuk mengelakkan ruam ini, anda boleh mencuba tips di bawah:
- Elakkan mengguna produk yang bersumber dari petroleum
- Pakai pakaian yang longgar
- Gunakan losyen Calamine
Penutup
Kami harapkan dengan perkongsian mengenai cara untuk berjimat ini akan membantu anda dalam menguruskan anak-anak.
Jika anda rasa bermanfaat, jangan lupa share dengan rakan-rakan!
Untuk membeli belah di Setia Grocer Online (SGO) anda boleh layari website kami di www.setiagroceronline.com
Sebarang soalan dan pertanyaan sila hubungi 03-33585649 / 019-3259475
Facebook : Setia Grocer Online
Instagram : @setiagroceronline
Teruslah menyokong kami dan kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda!
Teruskan menyokong kami usahawan Bumiputra Muslim dan kempen Buy Muslim First (BMF).