Semua ibu bapa nak anak yang lahir sihat, normal dan mempunyai kulit yang normal.
Tiasa siapa yang sanggup untuk lihat anak mereka menderita sakit dengan penyakit.
Itulah isi hati dan harapan semua ibu bapa.
Malah ramai ibu-ibu sejak dari mengandung lagi sudah mengamalkan pelbagi petua untuk mendapatkan kulit bayi yang sihat dan cantik.
Malah ada juga yang sanggup mengeluarkan sejumlah besar duit untuk membeli suplemen tambahan.
Ini semua untuk anak tersayang.
Tapi akhir-akhir ini, penyakit kulit bayi yang kerap menyerang ialah ruam, ekzema dan alahan masih boleh menjangkiti bayi anda.
Baca artikel sepenuhnya di bawah ini.
Ruam
Ruam ini perkara biasa yang berlaku pada setiap bayi.
Lebih-lebih lagi kalau di bahagian punggung yang sering basah.
Ruam boleh dikategorikan kepada dua, ruam biasa dan ruam yang serius.
Bagi ruam biasa, ianya akan cepat sembuh dan tidak melarat.
Cukup dengan pakaikan losyen dan kerap menukar lampin bila penuh pun sudah memadai untuk masalah ini.
Tapi bagi ruam yang serius anda perlu mendapatkan rawatan dari doktor dan perlu memakai krim lampin yang disarankan.
Jenis Ruam
Terdapat pelbagai jenis ruam yang biasa terjadi kepada bayi.
Antaranya ialah:
- Ruam alahan
- Ruam lampin
- Ruam panas
- Kurap atau panau
Simptom-simptom Ruam
Biasanya semua jenis ruam mempunyai simptom-simptom yang sama.
Ruam akan kelihatan kemerahan, gatal dan membengkak kecil-kecil seperti jerawat.
Jerawat Bayi
Sama seperti golongan remaja, bayi pun tidak terlepas dari muka mereka dinaiki jerawat.
Biasanya jerawat yang timbul di muka bayi ini halus-halus dan kemerah-merahan.
Jadi sebagai ibu, anda kena pastikan kuku bayi anda tidak panjang ataupun pakaikan mitten bagi mengelakkan mereka menggaru jerawat di muka.
Kulit Kering
Kulit kering ini biasanya ada dua keadaan.
Satu kulit kering yang normal disebabkan perbezaan suasana dan tempat.
Biasa berlaku sebab keadaan dunia luar dan dunia alam rahim sangat berbeza dan ini menyebabkan kulit bayi menjadi kering.
Satu lagi kulit kering disebabkan jangkitan atau alahan.
Sekiranya hal ini berlaku dan berlarutan, segeralah bertemu dengan doktor.
Biasanya doktor akan berikan krim yang tidak mengandungi steroid untuk bayi.
Tanda Lahir
Tanda lahir ini biasa akan timbul pada mana-mana bahagian badan bayi.
Ada yang kekal dan ada yang hilang bila semakin membesar.
Tanda lahir ni anda tak perlu risau dan tak perlu bertemu dengan doktor.
Cumanya kalau dulu-dulu ada ilmu untuk “pindahkan” tanda lahir.
Kalau contoh tanda lahir tu ada di muka, boleh “pindahkan” tanda lahir tu ke bahagian yang tak nampak seperti bawah ketiak.
Tapi sayangnya, ilmu tersebut semakin hilang ditelan zaman.
Jangkitan Kulat
Jangan terkejut bayi pun boleh terkena jangkitan kulat.
Sebabnya keadaan punggung bayi dan alat sulit sentiasa dalam keadaan lembap.
Jadi anda perlu pastikan kawasan ini sentiasa terjaga untuk mengelakkan jangkitan kulat.
Anda boleh dapatkan losyen bayi yang bebas steroid untuk membantu melawan jangkitan kulat ini.
Biasanya jangkitan kulat akan menyebabkan kulit sekitarnya berwarna kemerah-merahan.
Cara Penjagaan Kulit Bayi
- Sentiasa gunakan sabun basuh baju bayi untuk basuhan baju bayi. Jangan gunakan sabun yang sama dengan baju orang dewasa kerana sabun tersebut sensitif untuk kulit bayi.
- Kerapkan tukar lampin bayi dalam 3-4 jam sekali kerana kulit bayi masih sensitif. Ini boleh mengelakkan jangkitan kuman di kawasan yang sensitif.
- Jangan gunakan krim lampin yang mengandungi steroid, prabens dan perwarna kerana semua ini sangat sensitif kepada kulit anak anda.
Penutup
Kami harapkan dengan perkongsian mengenai cara untuk berjimat ini akan membantu anda dalam menguruskan anak-anak ye.
Jika anda rasa bermanfaat, jangan lupa share dengan rakan-rakan!
Untuk membeli belah di Setia Grocer Online (SGO) anda boleh layari website kami di www.setiagroceronline.com
Sebarang soalan dan pertanyaan sila hubungi 03-33585649 / 019-3259475
Facebook : Setia Grocer Online
Instagram : @setiagroceronline
Teruslah menyokong kami dan kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda!
Teruskan menyokong kami usahawan Bumiputra Muslim dan kempen Buy Muslim First (BMF).