5 Sebab Perlu Shopping Online di SGO

Anda pernah tak terfikir nak beli barang-barang keperluan harian secara online?

Kalau 10 tahun dulu, mungkin anda langsung tak pernah terfikir kan?

Lagi-lagi 10 tahun dahulu capaian internet tak semudah sekarang.

 

Sekarang dengan kecanggaihan teknologi menjadikan segalanya mungkin.

Dari zaman 2G, 3G hinggalah sekarang dah nak masuk era 5G, semua yang dahulunya agak mustahil telah terjadi.

Mana kita sangka, nak bervideo call dengan anak-anak yang belajar di oversea secara face to face dah jadi kenyataan sekarang.

 

Macam tu juga dengan shopping barang basah secara online.

Semua boleh dibeli secara online sekarang.

Lebih-lebih lagi sekarang Setia Grocer Online (SGO)  ada menawarkan perkhidmatan shopping secara online.

 

Setia Grocer Online (SGO)  adalah sebuah pasaraya online yang membantu anda untuk membeli barang keperluan harian secara dalam talian.

Semua pesanan yang anda order akan dihantar terus ke rumah anda.

Malah anda semua pembayaran yang dibuat selamat.

 

5 Sebab Perlu Shopping Online di SGO

Mari kami kongsikan kepada anda 5 sebab kenapa perlu shopping online di Setia Grocer Online (SGO).

 

1. Syarikat Bumiputera

Setia Grocer Online (SGO)  adalah sebuah syarikat bumiputera yang cuba melawan arus untuk dengan membuka peluang kepada pelanggan untuk shopping barangan keperluan secara online.

Kami masih lagi baru dalam bidang ini namun kami sangat mengharapkan sokongan anda semua untuk kami terus berjaya dan sukses dalam bidang ini.

 

2. Sistem Bayaran Yang Fleksible

Bagi anda yang ingin shopping online di Setia Grocer Online (SGO), anda jangan risau dengan kaedah bayaran.

Kami menyediakan kaedah bayaran secara dalam talian menggunakan perbankan online dan PayPal.

 

Pengguna dari bank-bank utama boleh membuat bayaran melalui perbankan online.

Manakala, bagi yang ingin menggunakan kad kredit, anda boleh gunakan PayPal.

Jangan risau, semua kaedah pembayaran adalah selamat dan dipercayai.

 

3. Stay At Home, Stay Safe

Musim PKPB ini, anda sepatutnya berada lebih lama di rumah berbanding di luar rumah.

Ini untuk mengelakkan risiko jangkitan yang baru.

Jadi ambillah pengalaman membeli-belah yang baru ini di Setia Grocer Online (SGO).

 

Kami akan hantar barang yang anda pesan terus ke rumah anda.

Ya, anda hanya perlu order dari rumah dan semuanya akan sampai terus ke rumah anda.

Jangan risau, semua akan dihantar segera terus ke rumah anda!

 

4. Kepelbagaian Barangan Dijual

Anda jangan terkejut, di Setia Grocer Online (SGO)  kami bukan sahaja menjual barangan basah tapi lebih dari itu.

Alat tulis, pakaian bayi dan kelengkapan yang lain juga turut dijual.

Dan semua ini secara online.

 

Kami cuba untuk menawarkan kepelbagaian kepada anda supaya memudahkan urusan harian anda.

InsyaAllah dari masa ke masa, kami akan tambahkan lagi pelbagai produk yang lain.

Jadi jangan lupa untuk terus support kami ya!

 

5. Harga Yang Berpatutan

Anda risau dengan harga yang mahal?

Jangan risau, kami di Setia Grocer Online (SGO)  menawarkan harga yang berpatutan bagi setiap produk yang kami jual.

Malah barangan basah kami, segar dan stok dihantar pada setiap hari.

 

Harga yang anda bayar setimpal dengan kualiti perkhidmatan kami.

Mungkin akan ada kedai yang menawarkan harga yang lebih rendah, tapi percayalah, dengan sokongan anda terhadap kami satu masa kami juga dapat menawarkan harga rendah seperti itu juga!

 

Penutup

Kami di Setia Grocer Online (SGO)  berharap anda dapat menyokong dan membantu kami memperkasakan ekonomi ummah dengan cara membeli di Setia Grocer Online (SGO).

Ayuh buktikan semangat dan sokongan terhadap kempen “Buy Muslim First” (BMF) yang telah lama kita lancarkan!

Untuk membeli belah di Setia Grocer Online (SGO) anda boleh layari website kami di www.setiagroceronline.com

Sebarang soalan dan pertanyaan sila hubungi 03-33585649 / 019-3259475

Facebook : Setia Grocer Online

Instagram : @setiagroceronline

Teruslah menyokong kami dan kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda!

Teruskan menyokong kami usahawan Bumiputra Muslim dan kempen Buy Muslim First (BMF).