5 Tips Bersihkan Rumah Dengan Cara yang Betul

Bagi anda yang sudah berumah tangga lebih-lebih lagi isteri mesti rimas bila tengok rumah berhabuk kan?

Yelah, kalau rumah berhabuk dan kotor, nak duduk pun rasa tak selesa.

Lagi-lagi kalau ada anak kecil, mudah je naik gatal-gatal sebab habuk dan hama.

 

Kadang-kadang ada juga masalah tak tahu nak mula macam mana.

Nak bersihkan perabot ni nak guna cara apa.

Nak bersihakan bilik nak guna produk apa supaya bersih berkilat.

 

Jadi bila masalah ni timbul, kita pun tak tahu nak mula macam mana.

Nak tak kalau kami kongsikan kepada anda 5 tips yang mudah?

Yup, dengan 5 tips ni anda lebih mudah nak bersihkan rumah dengan cara yang betul.

 

5 Tips Bersihkan Rumah Dengan Cara yang Betul

Okay mari kita mulakan dengan perkongsian pada kali ini.

Boleh rujuk tips-tips di bawah ni ya:

 

1. Rahsia Habuk Tak Melekat Pada Perabot

Anda kalau ada perabot kayu ataupun sofa di rumah boleh sangat guna tips ni.

Biasanya perabotlah paling banyak habuk.

Lagi-lagi kalau rumah dekat dengan jalan raya atau kilang.

 

Jadi ini adalah cara untuk hilangkan habuk dan elakkan habuk melekat pada perabot.

Gunakan formula 1:10.

Okay apa tu formula 1:10?

 

Anda buat satu campuran air di dalam botol spray.

Masukkan 1 bahagian softener dan 10 bahagian air.

Kemudian anda spray menggunakan campuran tersebut di perabot.

InsyaAllah perabot anda akan lebih bersih dan cantik macam mula-mula beli dulu!

 

2. Lantai Berkilat Lip-lap

Lantai yang kotor boleh menyebabkan ketidakselesaan pada penghuni rumah.

Yelah, lantai berkerak dan ada bekas hitam-hitam mesti menyakitkan mata kan.

Lagi-lagi kalau ada tetamu yang datang.  Lagi malu.

 

Jadi ada satu cara untuk menjadikan lantai rumah anda berkilat lip-lap.

Anda cuma perlu sediakan cuka, air panas dan pencuci lantai.

Campurkan ketiga-tiga bahan ini dan mop.

Anda akan terkejut dengan hasilnya!

 

3. Wangikan Rumah Sewangi-wanginya

Rumah berbau hapak dan kepam memang tak best kan.

Tak kisah lah anda bujang atau berkahwin.

Rumah yang berbau menyebabkan kita rasa tidak selesa.

 

Tapi anda tahu tak ada satu cara yang anda boleh guna untuk wangikan rumah dengan sangat mudah?

Dan kalau anda guna cara ni, bau wanginya akan tahan lebih lama.

Anda cuma perlukan softener dan cuka je.

 

Campur kedua-dua bahan ini dalam satu bekas.

Kemudian spray ke seluruh kawasan rumah anda.

Sofa, langsir, karper dan perabot lain.

InsyaAllah baunya akan lebih tahan lama dan yang paling penting wangi satu rumah.

 

4. Bilik Air Bau Macam Tandas 5 Bintang

Tandas ni biasalah tempat yang akan berbau.

Sebab disinilah tempat kita membuang hajat dan lain-lain yang kotor.

Tapi tak salah kalau anda cuba untuk wangikan dan sedapkan bau tandas rumah anda.

 

Nak jadikan tandas anda berbau wangi macam tandas 5 bintang?

Jangan risau, anda cuma perlu sediakan ini je.

1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air.

 

Semua bahan ni anda masukkan dalam bekas spray.

Kemudian anda spraykan je keseluruh kawasan tandas.

InsyaAllah tandas anda akan berbau lebih wangi dan harum!

 

5. Hilangkan Kotoran Degil Pada Singki

Singki yang bersih dan bebas dari daki akan menyebabkan isteri lebih rajin memasak (ehh!).

Okay sebenarnya kalau singki tu bersih, mata kita pun sedap nak tengok kan?

Jadi untuk jadikan kembali singki tu bersih macam mula-mula beli, anda boleh gunakan cara ini.

 

Anda cuma perlu sediakan lemon, garam dan berus gigi terpakai.

Belah lemon menjadi dua bahagian kemudian sental daki-daki di sinki.

Kemudian gunakan garam dan berus gigi untuk memberus daki-daki yang berbaki.

Kemudian bilas dengan air panas.

 

Jika anda rasa tiada masa untuk pergi ke kedai untuk membeli barang2 rumah seperti di atas, anda hanya perlu beli secara online sahaja dan barang tersebut sampai terus di rumah anda. Semestinya Setia Grocer Online (SGO) menyediakan peerkhidmatan tersebut.

 

Penutup

Kami harapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk mendapatkan kembali seri rumah anda yang mungkin telah lama hilang.

Jangan lupa praktiskan ye!

Untuk membeli belah di Setia Grocer Online (SGO) anda boleh layari website kami di www.setiagroceronline.com

Sebarang soalan dan pertanyaan sila hubungi 03-33585649 / 019-3259475

Facebook : Setia Grocer Online

Instagram : @setiagroceronline

Teruslah menyokong kami dan kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda!

Teruskan menyokong kami usahawan Bumiputra Muslim dan kempen Buy Muslim First (BMF).