5 Tips Proven Jaga Bayi Baru Lahir

Kehadiran cahaya mata ke dalam kehidupan suami isteri adalah sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu.

Bayangkan selama 9 bulan menanti, pastinya akan disambut dengan penuh rasa gembira dan syukur.

Lebih-lebih lagi kalau yang sudah lama berkahwin dan baru dikurniakan rezeki, mesti lagi gembira.

 

Tapi bagi anda yang baru menjadi mama papa atau ibu ayah, mesti agak kekok sediki nak jaga bayi anda kan?

Yelah, kalau ada adik pun, tak kan sama macam jaga anak sendiri.

Kalau ada adik, kita cuma tolong jaga dan tengok-tengokkan je. Hehe.

 

Jadi artikel kali ini kami akan kongsikan kepada anda macam mana nak jaga bayi baru lahir.

Dan lagi best, kami akan share 5 tips yang proven untuk jaga bayi baru lahir.

 

5 Tips Proven Jaga Bayi Baru Lahir

 

1. Lindungi kulit bayi baru lahir dari pancaran matahari

Ada satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, menunjukkan bayi perlu dielakkan dari cahaya matahari sehingga umurnya mencecah 6 bulan.

Jadi kalau anda keluar bersiar-siar di luar rumah, pastikan kulit bayi anda tidak terkena pancaran matahari.

Jangan lupa juga pakaikan topi ataupun payung semasa keluar dari rumah.

 

2. Potong kuku bayi

Jangan lupa untuk potong kuku bayi anda bila anda nampak kuku bayi semakin panjang.

Nanti takut tercakar muka sendiri kalau dibiarkan panjang.

Boleh pakaikan mitten untuk mengelakkan perkara di atas berlaku.

 

3. Punggung bayi

Ruam biasanya naik di kawasan sensitif seperti di punggung bayi.

Jadi pastikan anda jaga baik-baik kawasan sensitif ni ye.

Pastikan cepat-cepat tukar lampin bayi kalau anak dah berak atau kencing (dah penuh).

 

Anda boleh gunakan diaper cream untuk mengatasi masalah ruam di punggung bayi.

Pastikan juga diaper cream yang anda beli tu sesuai untuk bayi baru lahir juga ye.

Oh lagi satu, elakkan yang ada steroid.

 

4. Memandikan bayi

Bagi bayi yang baru lahir cukuplah untuk anda memandikan mereka sehari dua kali sahaja.

Sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu petang.

Pastikan guna air suam semasa memandi bayi, jangan terlalu sejuk, jangan terlalu panas.

 

Mulakan dengan membasuh bahagian kepala dan muka dan perlahan-lahan ke seluruh badan yang lain.

Jangan lupa untuk segera lap badan bayi selepas habis mandi.

Kesian sejuk nanti.

 

5. Menidurkan bayi

Bagi bayi yang baru lahir, waktu tidur mereka adalah lebih kurang 16 jam sehari.

Jadi anda jangan terkejut kalau bayi anda tidur lama. Itu normal bagi mereka.

Biasa sekali bayi tidur mereka akan tidur lebih kurang tiga hingga empat jam.

 

Bagi mengelakkan perut bayi masuka angin, bangun mereka setiap empat jam sekali.

Berikan mereka susu dan belai semasa menyusu bayi anda.

Jangan lupa untuk sendawakan bayi selepas menyusu bagi mengelakkan bayi tersedak susu.

 

6. Memegang bayi baru lahir

Bagi anda yang lama tak memegang bayi, pasti akan rasa kekok sikit pada awalnya.

Pastikan semasa anda memegang bayi, sokong kepala dan bahu mereka.

Jangan ingin mengangkat, segera bawa badan bayi ke pangkuan dada anda.

 

Jangan sesekali goncang kepala bayi yang baru lahir.

Ini kerana ianya sangat merbahaya kerana menyebabkan pendarahan dalam otak dan boleh menyebabkan maut.

Cara nak kejutkan bayi yang betul adalah dengan membuka pakaiannya perlahan-lahan dan bermain dengan mulut bayi.

Ini adalah cara yang paling selamat untuk mereka.

 

Moga dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk menjaga bayi anda lebih baik dari hari ke hari.

Selamat menjalani kehidupan sebagai ibu bapa!

 Penutup

Kami harapkan dengan perkongsian mengenai cara untuk berjimat ini akan membantu anda dalam menguruskan kewangan semasa membeli alat tulis bagi anak-anak.

Jika anda rasa bermanfaat, jangan lupa share dengan rakan-rakan!

Untuk membeli belah di Setia Grocer Online (SGO) anda boleh layari website kami di www.setiagroceronline.com

Sebarang soalan dan pertanyaan sila hubungi 03-33585649 / 019-3259475

Facebook : Setia Grocer Online

Instagram : @setiagroceronline

Teruslah menyokong kami dan kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda!

Teruskan menyokong kami usahawan Bumiputra Muslim dan kempen Buy Muslim First (BMF).