Bagi orang yang pertama kali nak shopping online, mesti ada kerisauan.
Yelah, nak beli online ni banyak dengar kes yang “tak berapa sedap”.
Barang tak sampai, barang tak sama macam di order dan macam-macam lagilah.
Lebih-lebih lagi kalau ada pernah berlaku dekat diri sendiri atau orang terdekat.
Lagilah fobia bila nak shopping online.
Serik bila kena tipu ni bila melibatkan duit ratusan ringgit.
Tapi tahukah anda, jika anda mengaplikasikan beberapa tips ni, anda akan selamat masa shopping online!
Anda boleh kurangkan risiko kena tipu masa shopping online dan barang anda akan sampai dengan selamat.
Jadi mari kami kongsikan 5 tips untuk shopping online dengan selamat!
5 Tips Shopping Online Dengan Selamat
1. Beli di Website Yang Dipercayai
Kalau anda nak beli sesuatu, belilah dari website yang dipercayai (trusted).
Jangan terpedaya dengan harga murah yang ditawarkan dari website yang anda sendiri pun tak biasa dengar!
Jangan sampai sebab nak berjimat, duit anda pun turut melayang.
Biasakan diri anda membeli dari website ecommerce seperti Shopee, Lazada dan seangkatan dengannya.
Website Setia Grocer Online (SGO) seperti yang kami beritahu diatas sudah boleh dipercayai dan semua transaksi anda adalah selamat. Anda boleh cuba dan menikmati barangan yang anda perlukan.
InsyaAllah anda tidak akan kena tipu dan barang yang anda pesan akan sampai!
2. Tengok “Mangga Hijau”
Anda perasan tak setiap kali anda masuk ke website seperti Shopee dan Lazada, ada icon “mangga hijau” di ruangan URL mereka?
Okay icon “mangga hijau” tu merujuk kepada website itu selamat untuk berurusan melibatkan transaksi kad debit dan online payment.
Semua website ecommerce yang anda nak berurusan pastikan mereka menggunakan https.
“s” dibelakang sekali itu merujuk kepada secure.
Jadi sebelum berurusan pastikan rujuk dahulu URL mereka dan “mangga hijau”!
3. Semak Seller Yang Anda Berurusan
Pastikan setiap kali nak beli sesuatu barang, semak dulu profile seller tersebut.
Pastikan seller tersebut mempunyai rating yang tinggi dan tiada review buruk mengenai seller tersebut.
Bila anda melakukan hal ini, anda akan lebih yakin dengan seller dan barang yang anda akan beli.
Seller yang mempunyai rating yang tinggi patut anda utamakan.
Jangan terpadaya dengan taktik scammer yang suka menawarkan harga yang terlalu rendah dari pasaran.
Semak dulu sebelum beli!
4. Sentiasa Berhubung Dengan Seller
Bila anda dah beli barang dari seller, pastikan anda sentiasa berhubung dengan mereka samada melalui chat ataupun whatsapp.
Biasanya kalau membeli dari Shopee, anda boleh gunakan chat untuk berkomunikasi.
Dan lagi best, Shopee akan sediakan tracking number untuk semua pesanan anda.
So anda bolehlah gunakan tracking number tu untuk jejak pesanan anda.
Jika ada masalah di bahagian kurier, minta jasa baik seller untuk uruskan.
Minta dengan baik-baik dan jangan bergaduh ye!
Macam di Setia Grocer Online (SGO), kami menyediakan kaunter customer service untuk memastikan anda tidak ragu2 mengenai kami.
5. Elakkan Membeli Barangan yang Too Good To Be True
Anda jangan terkejut kalau ecommerce yang popular ramai juga scammer di sana.
Nak tahu tak macam mana modus operandi scammer ni?
Haa, mereka akan jual barang dengan harga yang sangat-sangat murah.
Contoh jam Casio yang berharga RM500 dijual dengan harga cuma RM250 sahaja.
Ini anda perlu berhati-hati sangat.
Scammer berjaya memerangkap mangsa yang desperate nak dapatkan barang dengan harga yang sangat murah.
Jadi bila anda nak membeli barang tu, pastikan harga barang tersebut tidak too good to be true.
Kalau tidak anda boleh berputih mata sajalah bila duit anda ditipu scammer.
Penutup
Sebagai kesimpulannya, anda perlu bijak dan berhati-hati semasa shopping online.
Shopping online akan lebih selamat bila anda mempraktiskan tips-tips yang kami berikan di atas.
Moga dengan tips yang dikongsi dapat membantu anda untuk shopping dengan lebih gembira!
Untuk membeli belah di Setia Grocer Online (SGO) anda boleh layari website kami di www.setiagroceronline.com
Sebarang soalan dan pertanyaan sila hubungi 03-33585649 / 019-3259475
Facebook : Setia Grocer Online
Instagram : @setiagroceronline
Teruslah menyokong kami dan kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda!
Teruskan menyokong kami usahawan Bumiputra Muslim dan kempen Buy Muslim First (BMF).