Basuh baju ni memang semua ramai tahu.
Sebabnya mudah je zaman sekarang ni basuh baju.
Tak macam zaman atuk nenek kita dulu.
Nak basuh baju mesti kena pergi ke sungai baru boleh basuh baju.
Dulu sabun dan pewangi pakaian tak ada macam zaman sekarang.
Semua basuh secara manual.
Dulu kalau ada kotoran yang melekat, kena sental kuat-kuat.
Sekarang dah ada macam-macam jenis bahan kimia pembersih.
Masukkan je dalam washing machine, siap!
6 Petua Basuh Pakaian Yang Ramai Tak Tahu
Kali ni kami nak kongsikan kepada anda 5 petua basuh pakaian yang kami confirm ramai yang tak tahu!
1. Mencuci Pakaian yang terkena darah
Bagi ibu-ibu yang sering menguruskan baju anak-anak, pasti akan terbiasa dengan keadaan ni.
Anak jatuh basikal, anak terjatuh semasa berlari kemudian lutut berdarah.
Jadi secara automatiknya pakaian juga akan terkena darah.
Bagi menguruskan pakaian yang terkena darah, anda boleh masukkan 1 sudu serbuk sabun ke dalam air sejuk.
Kemudian masukkan pakaian tersebut ke dalam bancuhan tersebut.
Rendam dalam 30 minit dan bilas dengan air biasa. InsyaAllah kesan darah akan hilang.
2. Mencuci pakaian yang terkena dakwat
Bagi anda yang mempunyai pakaian yang terkena dakwat, anda boleh gunakan kaedah di bawah ini.
Basuh segera pakaian tersebut dengan menggunakan air.
Kemudian bancuh susu dan air, kemudian rendam selama 20 minit.
Anda juga boleh menggunakan limau nipis dan garam untuk pakaian terkena dakwat.
Biarkan selama 20-30 minit.
Kemudian bilas dengan air bersih.
3. Mencuci pakaian yang terkena karat
Jika ada pakaian anda yang terkena karat, anda boleh mencuba cara di bawah.
Potong dua biji limau dan gosokkan di bahagian yang terkena karat tersebut.
Kemudian ambil garam dan campurkan dengan air di dalam baldi.
Dah buat semua langkah di atas?
Boleh terus bilas dan sidai pakaian anda tadi.
Ada lagi satu cara untuk cuci pakaian terkena karat.
Anda boleh cari satu cecair yang diberi nama ‘Moval’ atau ‘Dygon’.
Cubalah, insyaAllah berkesan!
4. Mencuci Pakaian Terkena Kopi
Bagi anda yang suka minum kopi, boleh take note cara mencuci pakaian terkena kopi ni.
Sekiranya anda tengah minum kopi, kopi tertumpah, segera dapatkan air panas dan basahkan kawasan terkena kopi tersebut.
Kemudian basuh dengan sabun, air biasa dan bilas. Done!
Tapi kalau kesan terkena kopi tu sudah lama, lain caranya.
Anda boleh gunakan Vanish untuk menanggalkan kesan kopi tersebut.
Sapukan Vanish pada kesan kopi tersebut dan biarkan dalam 5 – 10 minit.
Gunakan berus dan bilas dengan air bersih.
5. Mencuci pakaian terkena telur
Bila pakaian anda terkena telur mentah, anda boleh membasuhnya dengan mudah.
Basuh baju tersebut dan rendamkan dalam baldi (campuran sabun dan air).
Kemudian bilas dengan air.
6. Mencuci pakaian terkena cat
Rendamkan pakaian yang terkena cat tersebut dalam minyak tanah.
Minyak tanah yang digunakan hanya perlu sedikit sahaja.
Cukup sekadar kenakan pada bahagian yang terkena cat sahaja.
Oh ya ada satu perkara lagi anda kena buat, berus dengan menggunakan berus gigi bahagian terkena cat tersebut.
Kemudian basuh kembali dengan air panas (bersama serbuk sabun) sekali.
Akhir sekali, basuh dan bilas dengan air panas.
Tips Extra
Pencuci gigi palsu dalam bentuk tablet kalau anda nak tahu pun dapat membantu membersihkan pakaian anda!
Jangan terkejut ye!
Caranya mudah, anda perlu ambil 2 tablet pencuci gigi palsu ini dan masukkan ke dalam baldi.
Kemudian rendam pakaian anda lama sikit dalam baldi tersebut dan bilas dengan air!
Penutup
Untuk membeli belah di Setia Grocer Online (SGO) anda boleh layari website kami di www.setiagroceronline.com
Sebarang soalan dan pertanyaan sila hubungi 03-33585649 / 019-3259475
Facebook : Setia Grocer Online
Instagram : @setiagroceronline
Teruslah menyokong kami dan kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda!
Teruskan menyokong kami usahawan Bumiputra Muslim dan kempen Buy Muslim First (BMF).