8 Online Shopping Platform Terbaik di Malaysia

Budaya shopping online mula meningkat naik sejak beberapa tahun kebelakangan ni.

Anda bayangkan, setiap hari parcel yang diterima di syarikat kurier macam Pos Malaysia sudah mencecah ratusan ribu!

Lagi-lagi masa PKP, jualan online memang naik berkali-kali ganda.

 

Tapi dalam keghairahan kita membeli secara online, banyak juga kes-kes scam yang kita dengar.

Contohnya, beli barang lain dapat barang lain.

Barang yang dijual tak sama macam diiklankan.

Lagi sedih, bayar mahal-mahal, barang tak sampai. Aduh!

 

8 Online Shopping Platform Terbaik di Malaysia

Okay dalam artikel kali ni, kami akan kongsikan kepada anda bukan 1, tapi 7 online shopping platform terbaik di Malaysia.

Jom kita tengok satu-satu di bawah ni!

 

1. Lazada

Lazada memang semua sudah sedia maklum, Lazada adalah antara yang paling top di Malaysia.

Mula beroperasi sejak tahun 2012, 3 tahun lebih awal berbanding pesaing terdekat, Shopee.

Tahukah anda, Lazada juga beroperasi di Singapura, Filipina, Thailand dan juga Indonesia.

 

Dengan platform yang canggih dan mesra pengguna, tidak hairanlah Lazada mempunyai traffik hampir 32 juta setiap bulan!

Anda boleh melayari Lazada di sini!

 

2. Shopee

Shopee merupakan antara pesaing terdekat Lazada dan mula beroperasi sejak 2015.

Tahukah anda, Shopee masih dikategorikan sebagai “adik” dalam industri ecommerce kerana Lazada lebih awal beroperasi.

Pembelian di Shopee lebih mesra pengguna dan lebih selamat berbanding Lazada.

 

Dengan ciri keselamatan yang lebih baik, ramai lebih memilih Shopee untuk membeli barangan yang lebih mahal.

Shopee Extended Guarantee antara ciri yang sangat bagus baik untuk pembeli ataupun penjual.

Trafik bulanan Shopee mencecah 10 juta pelawat setiap bulan!

 

Anda boleh layari Shopee di sini!

  1. Setia Grocer Online

Setia Grocer Online (SGO) merupakan platform terbaik di Malaysia. Bayangkan di Setia Grocer Online (SGO) menyediakan pelbagai jenis kategori untuk anda shopping. Anda hanya perlu pergi ke website www.setiagroceronline.com untuk shopping di sana.

Tidak perlu risau di Setia Grocer Online (SGO) menyediakan customer service dimana Setia Grocer Online (SGO) mengamalkan sikap mesra pelanggan.

Kaedah pembayaran yang senang dan mudah menyebakan pelanggan lebih senang berbelanja di Setia Grocer Onlie (SGO)

 

4. Mudah.my

Ini antara “senior” dalam industri shopping online.

Mula beroperasi sejak tahun 2007, Mudah.my bukanlah satu platform jual beli online.

Tetapi lebih kepada platform untuk beriklan secara percuma.

 

Tetapi hati-hati, kerana Mudah.my lebih kepada platform pengiklanan dan tiada sistem pembayaran online, banyak juga scammer yang mengambil kesempatan di sini.

Jadi sila berhati-hati bila berusan dan pastikan anda memilih cara untuk COD untuk elak ditipu.

Trafik bulanan lebih 12 juta pelawat dan anda boleh melayari Mudah.my di sini.

 

5. PrestoMall

Aik, tak pernah dengar pun PrestoMall ni. Betul ke admin tulis ni?

Haa, jangan risau, PrestoMall ni dah lama wujud.

Dulu PrestoMall pakai nama 11 Street Malaysia.

 

Awal-awal dulu, 11 Street Malaysia mula beroperasi pada tahun 2014.

Kalau anda nak tahu, 11 Street Malaysia ni wujud disebabkan Celcom Axiata Bhd ada bekerjasama dengan sebuah syarikat ecommerce dari Korea Utara iaitu SK Planet Ltd.

Trafik bulanan PrestoMall sebanyak 8.40 juta dan boleh lawati PrestoMall di sini.

 

6. Lelong

Lelong adalah “abang long” dalam industri ecommerce ni.

Anda bayangkan, Lelong ni dah wujud sejak tahun 2007 lagi.

Lebih kurang 13 tahun lepas.

 

Walaupun interface Lelong.my tidak secantik dan secanggih yang lain, tapi Lelong tetap ada pelanggannya yang tersendiri.

Ada juga barang yang boleh dapat murah di Lelong berbanding website lain.

Lelong walaupun dah mula kurang popular sejak kehadiran pesaing-pesaing lain, namun Lelong tetap menerima trafik sebanyak 5 juta pelawat setiap bulan.

 

Anda boleh layari Lelong.my di sini.

 

7. Hermo

Kalau tanya orang perempuan mesti mereka tahu website ni.

Ni syurga shopping barang kosmetik dari Korea.

Sebut je nak brand apa, semua ada di sini.

 

Hermo ni mula beroperasi pada tahun 2012 dan terus berkembang sehingga sekarang.

Hermo ni diinspirasikan dari perkataan Inggeris dan Sepanyol.

“Her” merujuk kepada dia (perempuan).

 

“Hermosa” merujuk kepada cantik dalam Bahasa Sepanyol.

Jadi mereka singkatkan perkataan “Hermosa” kepada “Hermo” untuk tujuan branding.

Trafik bulanan Hermosa adalah 700,000 dan anda boleh layari Hermo di sini.

 

8. Zalora

Zalora tidak kurang popular juga di kalangan online shopper.

Mula beroperasi sejak awal tahun 2012, Zalora semakin berkembang dari tahun ke tahun.

Zalora bukan sahaja beroperasi di Malaysia, malah turut beroperasi di Singapura, Hong Kong, Thailand dan beberap negara lain.

 

Dengan trafik 1.66 juta sebulan, Zalora boleh juga dinobatkan sebagai Top Online Shopping Platform di Malaysia!

Anda boleh lawati Zalora di sini!