Kalau kita tinggal di kampung, banyak pokok-pokok di sekeliling rumah.
Memang tak peliklah kalau bangun pagi rasa segar dan fresh je kan.
Pokok-pokok dan tanaman ni sebenarnya mengeluarkan oksigen kepada kita, manusia.
Itu sebabnya udara di kampung atau pinggir bandar lebih segar dan nyaman.
Berbeza pula dengan kita yang tinggal di bandar ni.
Pokok pun jarang-jarang je ada.
Lebih-lebih lagi kalau kawasan tempat tinggal tu dekat dengan kilang ataupun construction.
Lagi la rasa sesak nafas bila nak bernafas.
Debu dan asap kotor jangan cakaplah, sangat teruk.
Anda pernah terfikir tak nak segarkan balik udara dalam rumah anda tu?
Ada? Tapi biasanya kalau nak bersihkan udara ni orang rekemen pakai air purifier je la.
Kalau pakai tu kena keluar duit lagi tu huhu.
Tanaman Bersihkan Udara Dalam Rumah
Okay jangan risau, kali ni kami akan share dengan anda cara percuma je.
Ya dengan menggunakan beberapa tanaman, anda boleh dapatkan udara yang lebih bersih dalam rumah!
Okay jom baca di bawah ni ya.
1. Rubber Plant
Tanaman jenis ini memang cantik untuk dibuat perhiasan.
Simple je daun-daun dia. Sesuai untuk anda yang suka konsep minimalist.
Rubber plant ni membuang toksin yang ada dalam udara dan juga melawan penyakit yang disebabkan oleh parasit.
2. Boston Fern
Anda selalu rasa sakit kepala atau susah nak bernafas?
Mungkin anda boleh dapatkan boston fern untuk rumah anda!
Sebabnya ada kajian yang menunjukkan tanaman ini boleh menghapuskan toksik dalam udara.
Formaldehyde, xylene dan toluene adalah toksin bawaan udara yang boleh menyebabkan sakit-sakit di atas.
Dapatkan segera boston fern dan simpannya di dalam rumah,
Kualiti udara di rumah anda lebih sihat dan lembap semasa cuaca panas!
3. Areca Palm
Tanaman ini antara tanaman yang diiktiraf oleh NASA.
Wow, mesti anda tertanya-tanya sebab apa kan?
Sebabnya, tanaman ini antara tanaman yang paling berkesan untuk membersihkan udara!
Formaldehyde juga dapat dihapuskan oleh Areca Palm.
Formaldehyde boleh menyebabkan mata, hidung dan kerongkong menjadi tidak selesa.
Malah ianya boleh juga menyebabkan asma (kes jarang-jarang berlaku).
4. Peace Lily
Satu lagi tumbuhan yang diiktiraf oleh NASA selain areca palm.
Tumbuhan ini boleh meneutralkan kembali toksin seperti benzene, formaldehid, dan karbon monoksida.
Jadi jangan lupa untuk dapatkan peace lily dan letakkan di dalam setiap bilik anda.
Selain mencantikkan, ianya juga bagus untuk kesihatan anda dan keluarga!
5. Snake Plant
Snake plant dapat membantu membersihkan udara dengan menyerap racun di dalam rumah anda.
Racun-racun akan diserap melalui daun dan pada masa yang sama menghasilkan oksigen untuk anda.
Dengan fungsinya yang terbaik, snake plant adalah tanaman yang wajib ada pada setiap rumah.
Snake plant ni berbeza dengan tumbuhan lain yang melepaskan karbok dioksida pada waktu malam.
Tanaman ini akan tetap menghasilkan oksigen walaupun tiada proses fotosintesis pada waktu malam.
Malah jika anda kerap menggunakan produk pencuci, snake plant mampu “menghapuskan” formaldehyde juga.
6. Philodendron
Tanaman ini nampak simple je.
Tapi ianya sangat berkesan untuk membuang banyak bahan kimia merbahya dari udara.
Antara bahan kimia yang boleh dikeluarkan ialah formladehid.
Philodendron ni mudah je nak dijaga.
Kalau anda letakkan philodendron ni di dalam bilik, ianya dapat menaikkan aura bilik tersebut.
7. Spider Plant
Antara juara tanaman pembersih udara, spider plant.
Malah ada satu ujian yang dijalankan oleh NASA, ianya boleh mencegah kanser.
Mencegah kanser disini merujuk kepada kemampuannya membuang dalam lingkungan 90% formaldehid yang boleh menyebabkan kanser dari udara kita.
Formaldehid ini terdapat di dalam produk-produk kimia di rumah kita.
Jadi dengan menyimpan tanaman ini di rumah anda, ianya akan “menyelamatkan” anda dari risiko kanser.
Anda ada binatang peliharaan? Jangan risau, tanaman ini selamat untuk binatang peliharaan anda juga.
Penutup
Sebagai kesimpulannya, kami berharap agar info yang kami kongsikan ini dapat membantu anda untuk mendapatkan udara yang lebih segar di dalam rumah anda.
Jangan lupa share dengan rakan-rakan ye!
Untuk membeli belah di Setia Grocer Online (SGO) anda boleh layari website kami di www.setiagroceronline.com
Sebarang soalan dan pertanyaan sila hubungi 03-33585649 / 019-3259475
Facebook : Setia Grocer Online
Instagram : @setiagroceronline
Teruslah menyokong kami dan kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda!
Teruskan menyokong kami usahawan Bumiputra Muslim dan kempen Buy Muslim First (BMF).